My Tomey-Lotey Followers

Thursday, June 30

Wayang Lagi: Transformers Dark of The Moon


Overall Transformers kali ni memang best gila sebab ending dia best gila dan efek 3D dia pun best gila. Semua best. Aku takde idea nak tulis apa sebab da mengantuk sekarang ni. Esok keje pukul 8.00 am, adoi God bless me~

I'm in fantasy


At last I owned this, with remarkably lower price, just RM110 saje!!! Can you believe it?

Wednesday, June 22

Wayang Lagi: Green Lantern

Image taken from Google Image

Tadi petang aku tengok cerita ni dengan Eqal. Cerita dia tak berapa best sangat la kalau kau tanya pendapat aku. Tema kemelalutan dia memang terserlah lah, dengan dia punya Guardian yang kunun-kununnya adalah creator dunia yang muka kerepot sampai aku tak boleh tahan nak tergelak time muka diorang di-close-up-kan. Seriously hillarious!!!



Aku tak berapa berkenan sangat time Green Lantern ni lawan Parallax (Sotong Jahat yang mempunyai kuasa ketakutan *i know, right? Bunyik macam dumbass gila sebab ada kuasa ketakutan) sebab senang sangat Parallax yang kunun-kununnya hebat sangat ni tetiba bleh mati dengan simple je. Green Lantern dengan senang bawak Parallax bingai ni dekat dengan matahari lepas tu Parallax mati kena bakor. Kite bakor dia~~~




Lepas tu yang paling hairan sekali sebenarnya Green Lantern ni ramai gila kawan dari planet lain, ramai nak mampos, tapi bila nak lawan Parallax yang kunun-kununnya tak tertewaskan ni, diorang biar Green Lantern sorang jek lawan. Memang sangat sengal la cerita ni. Konon macam hebat sangat la Green Lantern ni sebab dapat tewaskan Parallax sorang-sorang, padahal yang kekawan dia yang lain tu pun power sama jek ngan dia, guna cincin hikmat tu. Ha lagi satu bila aku tengok cincin tu, aku tak bleh blah sebab cincin tu sebijik macam cincin lelaki yang selalu jual kat Downtown yang letak batu macam-macam tu, ko perasan tak selalunya pakcik-pakcik rajin beli cincin macam tu, hah, sebijik la cincin tu dengan cincin Green Lantern ni.


Tapi kalau dari segi efek-efek janaan komputernya memang interesting la, tapi tak cukup berbaloi kalau kau nak gatal-gatal tengok 3D sebab efek dia lite-lite je.

Ok lah, membebel banyak pun tak guna sebab aku bukannya pakar sangat pasal movie ni. Hahaha. Aku rate cerita ni 3/5 je.




Lepas dah habis tengok wayang, aku ajak Eqal beli Subway sebab harini ada Meatball Marinara which is my ultimate favorite!!! Sedap sangat nak mampos memang takde tandingan. Hihi. Ok, esok aku dah tak tau nak buat apa sebab kalau nak kuar pun macam takde orang yang available untuk temankan pun. Ni yang sucks kalau cuti weekdays ni! Haih

Nyum nyum~~ *Image taken from Google Images

Sunday, June 19

Hai nasi goreng, hai sungguh lazat

Ha, ok kawan-kawan semua, apa macam kau orang sekarang? Ya Allah, aku punya lah sibuk dewasa ni nak carik nafkah untuk anak bini kucing kat rumah, sampai tak sempat nak update blog weh *mesti dalam hati kau orang cakap "Ada aku kesah?", betul tak? Aku pun balas, ada aku heran kau kesah aku kesah ke tak kau kesah aku kesah kau kesah kisah benar? Haha tak lawak



Yang sebenarnya, tajuk aku tu takde kaitan pun pasal apa aku nak cerita. Saje-saje letak tajuk merepek biar kau tertanya-tanya sikit budak ni apahal sampai dah melalut cerita pasal nasik kan? Baru kau orang nak baca entri aku, betul tak? Betul tak? Annoying tak? Annoying takkkkk????





Ok sebelum kau baling aku dengan tomato disertakan telur hanyir, aku nak cerita pasal cerita yang aku obses tengok sekarang iaitu cerita jeng jeng jeng...

Image taken from Google Images

tajuk cite yang aku obses sekarang adalah uri yoja chinggu ya gumiho ya (read My Girlfriend is A Gumiho). Kau boleh ignore perkataan pelik sebelum translation tu sebab aku main bantai konon-konon pandai cakap Korea tapi harem pants satu habok pun tidak tahu menahu. Cerita ni best gila ya Allah kau takkan menyesal tengok cerita ni betul aku tak tipu kau, cerita ni aku peram sejak sem lepas lagi dalam aku punya external tapi disebabkan bosan tahap moksha haritu, aku beranikan diri tengok cerita ni dan ternyata cerita ni best gila nak mampos.




Selain daripada tu, aku dapat online memalam ni pun sebab aku baru sign up P1 aritu, so barulah boleh aku dapat berhubung dengan dunia, kalau tak selama ni aku balik keje je terus tido, bangun pagi pegi keje, balik keje membuta balik, memang takde life, selepas kehadiran P1, hidup aku bercahaya, sebab apa? Sebab memalam aku tutup lampu bilik pastu cahaya laptop berseri-seri memanchor-manchor kena muka aku, detswai hidup aku bercahaya, pastu online sampai kul 3-4am sebab nak download cerita. Haha best tak life aku?



Aku ada download satu series baru ni title Teen Wolf. Wow boleh tahan jugak la cerita tu, semacam best tapi aku baru tengok sikit-sikit, tak tengok habis lagi ar tapi aku mampu cakap cerita tu semacam best la, tak betul-betul best lagi sebab aku tak habis tengok lagi kan.

Teen Wolf MTV *Image taken from Google Images



Ok, pasal work life plak, kau paham-paham je la kerja call centre memang tak lari dan tak berjalan menjauhi perkara-perkara seperti kena maki, hina, herdik dan caci tu perkara biasa la, tapi ya Allah aku nak bagitau kau kalau customer ni jahat, memang lah dia jahat nak matiiiiiiiiiii, kau pun dengar call-call menjerit macam ni memang bernanah je telinga kau dengar perkataan hina macam bodoh, lembab, p###mak, f%$k, dan sebagainya. Tapi setakat ni aku masih lagi mampu berdiri utuh untuk berkerja dengan gigih, sebab anak bini kucing kat rumah nak diberi makan lagi kan, nak buat macam mana hidup mesti diteruskan betul tak betul tak?


Ok lah. Aku dah tak ada apa-apa lagi nak cerita. Kalau aku rajin aku update selalu walaupun aku tau tak de orang pun yang baca blog aku ni. Hahahaha

Kolam Ikan Encik Eipul