My Tomey-Lotey Followers

Wednesday, July 27

Ber-holiday sepuas-puasnya pada weekdays

Selasa dua hari lepas aku join office mates aku, kitorang buat tournament bowling kat Midvalley. Team aku dapat 2nd place, dan buat pengetahuan kau sebenarnya ada 3 team jek pun, so kemenangan tu macam tak menang sangat pun sebenarnya haha.




Hadiahnya hamper yang sedih sebijik sorang. Sadis x?




Markah aku yang sangat memalukan dan mendukacitakan, keke

Petang tu, aku ajak Napi pegi karoke dekat Redbox sebab konon-kononnya da lama tak melalak aleh-aleh suara aku pecah habis. Nak nyanyi pun dah tak larat. Hahaha. Abes je karoke kitorg borak-borak pasal worklife and lovelife dan sikit-sebanyak pasal afterlife lol



Lepas dah babai semua dengan Napi, aku terus pegi rumah Eqal plak overnight kat situ. Aku sanggup extend cuti aku dengan amek emergency leave utk pegi Genting, rawr x? Hahahaha. Best pegi Genting time weekdays ni sebab tak payah nak beratur sakan utk main game.

Dinasour ni sangat tak senonoh nak french kiss depan org ramai


Ni masa tengah tunggu nak masuk 4D, cerita Robot of Mars. Lawak kot wayang 4D ni, kerusi gerak-gerak, pastu tetiba ada angin sepoi-sepoi tiup kat muka kitorg bila robot terlanggar benda dan kena fire dengan api, memang enjoy abes ar





In the nutshell, aku sangat-sangat-sangat penat sekarang ni, syukurla esok aku masuk keje pukul 12pm. Wuhoooo!!!

Friday, July 22

My Latest Obsession

Baked Cheese Meatball

Rasa yang tak tertanding. Memang sedap gila. Tambah pulak hari Khamis benda ni ada 50% off dekat Pizza Hut. Aku lupa nak amek gambar dia semalam sebab sampai-sampai kat meja aje aku lahap benda ni sampai habes *hyperbola.


Semalam aku pegi JJ Cheras Selatan dan bejalan-jalan dengan Eqal sebab kebetulan dia kena posting kat sana sehari untuk JCard Sale. Sebab nak tunggu dia abes keje, aku pegi tengok Harry Potter sekejap sebab aku tak tengok lagi cite tu, dan turns out ok la cerita dia even aku tak tgk sangat movie dia yang part 1 aritu. Paham jugak la aku cerita dia walaupun tak ada basic idea pasal apa benda yang dia nak buat masa first-first tu.

Image taken from Google Images


Yang tak boleh blah tu, time ending masing-masing dah beranak pinak, nak tegelak aku tengok muka Potter yang kunun-kunun tua tu. Hahaha






Ok, sekarang plak nak kena besiap pegi keje sebab arini masuk pukul 3pm. tsk tsk

Friday, July 15

Ranting & Whining


ahahhahaha, hari ni aku nak bawak korang menyelusuri impian aku yang masih belum kesampaian *macam basterd x ayat aku? Sebenarnya aku sekarang still belum dapat kerja yang aku nak lagi sebenarnya. Kira macam sekarang still belum steady lagi la sebab apa jadah aku amek degree Food Science kalau aku dapat kerja dengar orang maki setiap hari kan?

So, pasal career still aku belum dapat lagi apa yang aku nak. At least aku nak jugak kerja tetap gaji RM2k lebih ke, pastu keje office hour, yang sekarang punya kerja memang dia janji nak kasik lebih kurang macam tu tapi masalahnya banyak sangat syaratnya nak kena ada attendance full lah apa lah, macam shit aje. Plus kerja sekarang ikut shift, memang selalu lah aku kerja time weekend walhal semua maklum time weekend la nak kena berlibur berdansa clubbing bagai sebab kawan-kawan semua cuti kan? Apa kes kita cuti weekdays pastu lepak rumah aje tengok tv sebab takde sape nak teman kuar betul x?



Pastu haritu berangan nak beli Android phone sebab al-maklum lah kan kalau nak beli I-phone boleh jadi aku makan pasir dengan tanah liat aje la jawabnya sebulan, tak mampu dek non! Tak dapat jugak membelinya sebab gaji tak dapat full. Macam shit tempat keje aku ni. Hahaha

Lepas tu, aku terfikir gak ar nak beli kete, paling brengset pun aku nak Mini Cooper S tapi tahu-tahu sajelah harga dia sangat lah murah sampai aku tak mampu beli, so dalam wishlist aku sekarang kalau dapat Myvi baru tu pun dah ok dah T___T



Ok ok. cukup-cukup lah tu nak berangan semua kan. Bukan apa tau, bila kau dah habis belajar kan, banyak gila kau kena fikir tau, dengan future kau lagi *by the way aku sangat suka katun Futurama tu, sampai sekarang aku tengok tak berenti hehehe For me, aku picture diri aku 5 tahun akan datang at least dah ada kereta, wajib, rumah kalau boleh nak studio house *fyi aku fetish gila dengan studio house, tak tau kenapa sebab aku tak suka sangat rumah tradisional yang ada ruang tamu, bilik-bilik pastu dapur semua tersusun sebab bagi aku kalau ada studio house aku bebas nak re-create ruang yang aku suka, hehehehe.

Selain dari tu, reason why aku nak studio house jugak sebab aku nak buat art collection. Aku ada gak pasang impian nak buat koleksi art (paintings and what not) so macam nak penuhkan rumah tu dengan koleksi-koleksi aku la kiranya. So tak lama lagi aku akan jual painting ke apa ke, make sure korang beli ok. LOL




So, secara tuntasnya, kompol duit dulu baru lah kau boleh nak cerita gedebak gedebuk ok Eipul. Kalau setiap kali sale kau habiskan duit beli macam-macam baik tak payah nak fikir sangat pasal future kau tu. Hahahahaha

Thursday, July 14

Mai Gad!!!

Ergh sakit betul ketiak aku pagi ni. Sebab semalam aku gatal-gatal workout since aku cuti and takde sesapa yang available untuk diajak keluar, huhuhu (sangat lonely ya ayat aku ni!!!). Ok, saje-saje gatal tangan nak tulis sikit hari ni. Aritu masa 9 Julai aku keje, time balik dari keje tu aku notice KL dah tak macam KL. Aku naik motor time tu dan yang aku nampak orang tengah jalan dengan muka sedih (pada hemat aku maybe diorang baru kena tembak dengan pistol air) lepas tu mata aku pedih-pedih sebab maybe kesan gas pedih mata tu still ada. & It really hit me; macam mana nasib negara aku dalam 1-2-3 tahun akan datang? Sangat sangat sangat risau.



Aku nak gitau yang sekarang ni aku sangat addicted dengan lagu-lagu Beyonce dalam album baru dia Beyonce 4. Lagi-lagi lagu 1+1, I Care, ngan I Miss You. Yang lagu Best Thing I Never Had tu memang da biasa dah nyanyi dalam bilik air.


Lepas tu sekarang ni kan ada reality series baru The Glee Project kan? Kalau korang tak tengok lagi better rajin-rajin kan diri dload kat mana-mana sebab best gila cerita tu!!! Aku team Cameron Mitchell sebab dia sangat awkwardly cool. And for girl pulak, aku sokong si Lindsay sebab suara dia best sangat.

Cameron Mitchell

Lindsay
*Images taken from Google Images

Saturday, July 2

Sale sale sale sale sale

Zara!!! Wee~~

Aku pegi Zara Pavi semalam ada sale tapi kasut yang aku berkenan tu tak ada saiz pulak. Hari ni kebetulan Alan ajak keluar lagi, so aku pun ajak dia pegi KLCC nak carik kat Zara sana pulak. Carik kasut semalam tak ada, tinggal saiz besar bagak tu yang sama jugak macam yg semalam aku tengok kat Pavi. Last2 aku beli je kasut ni sebab lagi cantik dan lagi murah, chihihi




Dah la company aku breach contract, kata nak bayar allowance attendance every month RM500 tapi gaji bulan ni dia tak masukkan pun even attendance aku sangat chemerlang, aku rasa nak buat mogok aje nak baling tomato dengan telur busuk kat office HR tu biar diorang gerun sikit memandai-mandai aje nak tukar putar belit kontrak, da terang-terang kot dalam kontrak ni diorang nak kasik RM500 extra kalo attendance full tapi tetiba kali ni tak masukkan pulak konon nak masuk next month, kepala kau!

Ok, cukup lah dengan mencharut dalam hati. Haish baru aje plan nak beli Android Phone bulan ni tapi kalau dah macam ni jadik nya, nak belanja kucing aku makan Friskies pun aku tak mampu.

Kolam Ikan Encik Eipul