My Tomey-Lotey Followers

Tuesday, August 30

New Addition

Seed (70% off)

Welcome to the club my baby! Hahaha



p/s: jemput-jemput la datang ke Seed, banyak gila sale, aku beli sampai 2 kemeja kerja sebab ada 70% off, gila la aku kalau aku tak beli! LOL

Thursday, August 25

Shopping raya, ke?

Kemarin aku kuar ngan Nitas, Paan, and Hamal untuk bukak puasa bersama sambil window shopping dan lantas menjurus kepada berbazir-baziran untuk shopping jua. Orang lain beli baju melayu, songkok, capal segala tapi aku beli benda-benda ni pulak:

[1] T-shirt UNIQLO cum baju tidur
*BEWARE! read cum as in preposition, and don't ever as a noun, for those who concerns

[2] Harem Pants ROMP cum seluar tidur


Ok, jangan label aku tak melayu sangat sebab tak ada perasaan nak beli baju melayu. Aku just macam malas nak beli baju melayu sebab takkan every single year nak beli baju melayu baru? What for? Untuk dipakai sekali dua for a year? Ok, aku memang cheap la, serious aku cakap, masa shopping pun aku selalu akan berkira, macam 'is this worthy? ok, after less 70%, the total would be as this, and before is actually sangat mahal, ok, I'll take it'. Ko paham tak apa yang aku nak sampaikan ni? Aku kalau nak shopping, aku akan tengok berapa percent less, kira habis2, banding sini sana, lepas tu aku akan beli kalau aku rasa berbaloi. As in nutshell, kalau hati aku terbukak nak beli baju melayu, I'll look for baju melayu paling murah, paling cantik, nanti kot, itu pun kalau lah ada. Bwahahahahaha

And just for me to tell and for you to know, my family takdek nye nak tempah baju melayu sama-sama warna ke apa ke, dari aku kecik sampai ke aku besar ni, kitorang adik beradik tak pernah jadi team boria satu family sama colour time hari raya. Aku pun tak tau kenapa. Hahaha. Kekadang jeles gak tengok cousin aku semua sedondon ngan family diorang tapi kitorang warna memasing macam pelangi, sorang hijau, sorang purple, sorang oren. Family aku memang majmuk. Enough said LOL



Speaking of shopping, I just can't wait for the Bandung Shopping Spree starting this coming September. Aku akan ke oversea y'all! Jangan jeles! Chihihi, *padahal Bandung jek pun! It will be my best birthday month ever! Hope it will be. 5 hari kot kat sana! Giggles excitedly


Instead of baju melayu, ada benda lain yang lebih sexciting *pardon me for the vulgar words which is...


How can I not buy these???? *tak sabar nak main time malam raya nanti!!! Cap panda lagi kau! Kau ado? Haha

Sunday, August 14

Dugaan, meresapi diriku ini.


mintak tolong kau semua baca tajuk entri ni dengan menyanyi ala-ala Ziana Zain, sekian, terima kasih.

Aku rasa buka puasa semalam memang sangat mencabar, ultimately challenging dan penuh dogaan sepanjang aku puasa tahun ni. Dia datang secara kombo - basah, terhimpit, plus being harrased. Lengkap tak?


Cerita dia macam ni. Paan ajak kitorang bukak puasa ramai-ramai. Disebabkan Eqal kerja hari ni, kitorang yang tak kerja ni terpaksa bergigih untuk pegi ke Kepong in order to bukak puasa sama-sama sebab risau Eqal yang bekerja ni would not be able to make it before berbuka. Tapi alih-alih kita yang tak bekerja ni pulak yang sampai lewat. Pertamanya, disebabkan hujan. Semalam petang memang hujan lebat gila. Before that, kitorang ada option untuk keluar lebih awal tapi atas few circumstances, kitorang keluar masa langit dah gelap gila. Memang mencari nahas. Ingatkan sempat, lagi 200m nak sampai stesen komuter Serdang, hujan lebat gila, lebat yang macam kalau kau teruskan perjalanan naik motor, memang baju kau basah lenchun ibarat kena siram dengan air dari baldi besar 50 kali secara laju-laju *dapat bayang tak? Syukur kitorang sempat masuk satu terowong ni dan berteduh. Yang penting kitorang berteduh tu dekat sejam lebih baru ujan reda. Masa tu dah pukul 6 lebih.


Bila nampak hujan dah rintik-rintik sikit tu, kitorang terus pegi stesen Komuter cepat-cepat takut tak sempat nak berbuka nanti. Kepong dah lah jauh nak mampus. Tunggu Komuter memang mencabar aku cakap kau. Dengan orang ramai gila dekat stesen Serdang tu sebab train delay, everbody dah prepare mentally nak push semua orang masuk gerabak. Yes! Bila sampai jek tren, everything went chaos. Aku nyaris-nyaris tak dapat naik. Syukur aku kurus sebab ada sorang abang-la ni tak dapat naik sebab perut dia buncit. Kesian dia.


Dalam tren tu, berhimpit memang kalah time clubbing la. Serious yang ni punya berhimpit memang tak ada ruang kosong langsung badan kau dengan badan orang lain. Aku ended up kena harrased dengan abang-la ni, memang aku rasa nak siku-siku je kepala dia. Boleh pulak dia sedap-sedap peluk-peluk aku masa tengah berimpit tu. Meremang bulu dada aku Munah hishhh kalo setakat nak berpaut kat aku ni aku tak berapa nak kisah sangat sebab aku paham la kan, nak pegang apa lagi time-time sempit macam tu. Ini tak, amboi-amboi, dia siap usap-usap lengan aku lepas tu paling geli dia boleh plak nak feeling-feeling dekatkan muka dia dekat belakang badan aku. Aku memang geli tahap dewa time tu. Aku cepat-cepat menggeliat sambil releasekan tangan dia yang geli-geli tu. Hishh memang geli. Kau bayangkan dari Bandar Tasik Selatan sampai dekat stesen Seputih abang-la geli tu duduk belakang aku. Memang disaster.



Ok, aku ingatkan himpitan tu ends up dekat stesen KL Sentral tapi rupa-rupanya tidak. Sampai Segambut baru boleh hela nafas lega sebab semua abang-la yang ramai-ramai tadi turun kat stesen tu. Kitorang sampai dekat stesen Kepong Sentral masa tu dah pukul 7.45pm macam tu, Eqal pun dah tunggu situ lama gila dengan Hamal duduk dalam kereta. Sedih gila aku, Paan dengan Nitas bukak puasa lambat.

Kitorang terus je gerak pegi makan dekat Murni. Uish tempat ni memang terbaik aku cakap kau! Nasik lemak dia memang banyak gila. Nasik dia banyak gila. Ayam, dia kasik ayam madu quarter. Quarter ok, bukan seketul cuma. Tapi aku tak makan nasik lemak semalam. Aku order Sizzling Beef Steak. Memang terbaik steak dia. Banyak gila daging dia, and dia punya sos pun ok cuma masin sikit jek. Air dia sangat menarik. Aku order drinks yang ala-ala ice blended tu, nama air dia Lily Special. Sangat sedap, banyak perisa, ada rasa tembikai, honey dew, laici, lepas tu dia letak buah laici and chunks of tembikai dalam tu. Serious sedut benda tu masa berbuka memang heavenly. Overall, food dia aku rate dalam 4/5 ar. Lepas selesai makan-makan borak-borak, kitorang pun balik.

Klik sini untuk tengok apa Murni boleh bagi kau untuk siapa-siapa yang gemar melahap LOL

Kiri sekali, tu ar Lily Special *image taken from Murni Discovery

Okla. Aku da penat menaip. Kau bukannya baca sangat pun kan kalau aku tulis pepanjang. Dah la tak de gambar. Aku tak sempat weh nak amek gambar ke apa ke, sebab sangat-sangat chaotic hari semalam, seriously.

Monday, August 8

The Lazy Song


Arini entah apa hantu rasuk aku, aku pun tak tau, sampai even aku dah ada kat ofis, tinggal nak punch in saje ni sebenarnya, terus aku cabot lari pegi KLCC. Hari semalam memang hari paling malas aku la serious aku cakap weh. Aku cakap dengan manager aku sakit kepala, x tahan so aku tepaksa amek emergency leave. Prescription dia - RETAIL THERAPY!!! Wuhoooo


So I got me a little something dari Topman sebab Topman sekarang tengah sale 1/2 price, and then lepas tinggalkan kaunter terus aku rasa menyesal sebab membazir. LOL

*kempis wallet aku disebabkan benda ni




Disebabkan ajak kawan-kawan teman harini untuk bermalas-malasan, kiteorang pun break-fast sama-sama dekat Nando's. Sos extra hot peri-peri ni memang successful buat aku cirit 2-3 kali aku masuk toilet lepas sahur tadi. Siot gila!

Paan, aku

Kawan Paan, kawan aku jua *demm, asal aku asik lupa real name ko ek? Haha

the most unbearable looking dish *masa tgh tunggu bebuka, benda ni memang sangat distractive - drooling :-S



Lepas break-fast slash dinner dekat Nando's, kitorang pegi Secret Recipe plak sebab mulut tak tahan pedas, walaupun aku da 3 kali refill air masa makan kat Nando's tu, boleh? Hahaha. Dekat Secret Recipe, kitorang sambung berborak dan bergosip dan bergelak, sambil aku makan my all time feveret - Choc Cheese Berries. Hehehe

Balik rumah, after solat semua settle, terus aku tido sampai terlupa tutup lampu bilik. Penat woh!

Sunday, August 7

Mini reunion, so-called.

Fathin Aina, Wawa, Alan, aku & Farah Harun

& this is the ole-ole Farah Harun kasik sempena dia pegi melancong dekat Korea itu hari. Yippee!!!





Ok. Hari ni dah hari ke-6 kita semua puasa. Tinggal 24 hari lagi untuk berhari raya. Disebabkan dah lama tak jumpa kawan-kawan se-MRSM dulu, aku pun ikut Alan petang tadi untuk jumpa dengan Farah, Fathin, dengan Wawa. Bayangkan sejak abes form 5 dulu, sampai la sekarang ni, dah pun tahun 2011, dekat 6 tahun kot tak jumpa diorang, alhamdulillah dapat jugak jumpa member-member sehingus -leleh time sekolah dulu-dulu.


Banyak jugak cerita yang best untuk didengar dari diorang, Farah dengan Fathin still study Medic, dekat Ireland and Russia respectively. Wawa still practical, and well, aku dengan Alan dah pun keje. Kitorang beborak dari pukul 5.30pm sampai la time berbuka. Galak masing-masing bukak cerita. Haha




Lepas dah berbuka dekat foodcourt The Gardens, kitorang pegi makan dessert dekat Secret Recipe pulak. Aku makan choc cheese berries, and Iced Latte Fathin belanja kitorg semua beb, terbaik!!! Time tengah melantak kek, Alan pegi tumpahkan air dekat seluar aku, memang habis basah kuyup seluar aku thanx Alan so-so much Nasib baik plain water yang tumpah, kalau Iced Latte aku tumpah macam mana tu? Memang bersemut la aku balik rumah jawabnya

Lepas dah abes dekat Secret Recipe, kitorang pun mengangkat bontot masing-masing untuk balik. Ok itu saje laporan mingguan aku kali ni. Ada masa aku merepek lagi lain kali.



p/s perut memulas-mulas sejak balik dari bebuka tadi. Adakah ni petanda awal kehamilan? Bwahahaha

Tuesday, August 2

My First Android

So sorry image tak berapa clear sebab capture guna hp cikai saje


Semalam aku dapat jugak benda ni, at last, selepas da bezaman usha mudah.my dengan kedai-kedai telekomunikasi yang lain. Sangat suka hati sekarang sebab dengan benda ni, insyaAllah aku tak akan bosan lagi duduk kat rumah.

I've always wanted gadget yang boleh enable aku main game pada masa senggang, dan inilah benda yang paling aku carik-carik selama ni. Hihihi. Screen dia aku bleh cakap setanding ngan screen Iphone. Ko tak percaya ko try google sendiri tengok ZTE Blade. Walaupun jenama ni tak femes amos tapi dia nye capability gempak abis!!! Siyes.



Satu jek slack hp ni - kamera dia memang macam harroomm. Amek gambar dlm hp jek cantik, bila masuk pc pecah macam the shattered glass. Tapi sesuai la dengan dia punya harga. Alah aku tak hadap sangat pun kamera function sebenarnya. Aku selalu kalo amek gambor tumpang dengan kawan-kawan yang kaya yang ada kamera canggih-canggih. Boleh? Hahaha





Apa-apa pun, kalau korang nak carik hp android yang memang harga murah yang ada spec performance setanding Samsung Galaxy ACE *based on reviews I've read, sila-sila lah beli ZTE Blade ni. LOL


Yg ni apps IQuran - sangat senang nak mengaji guna apps ni sebab sambil ko baca, ko bleh dengar bacaan Imam dari Arab sana baca sekali. So meriah la sikit ko nak baca Quran kan sebab ada orang lain baca sekali sesama.

Kolam Ikan Encik Eipul