My Tomey-Lotey Followers

Tuesday, October 25

Being a Picasso?


This is the result of being jobless and tiada apa untuk dibuat selain tido makan tido makan.

Thursday, October 20

la fin du début



Wishing all of my friends the very best for future ahead.
*sweet tak? LOL

Monday, October 17

Pre-convo photoshoot




Can't wait for the exact date (tomorrow)!
Excited + nervous. Deym

Wayang Lagi: The Thing


Tadi pegi tengok cerita ni dengan Eqal and Haris dekat MBO Ampang. First time aku tengok wayang dekat MBO. Rasa macam nak menangis pun ada sebab MBO sangat chic dan luas [read: sila antonim kan semua kata sifat yang aku baru nyatakan tadi]



Cerita ni cerita alien typical. Nothing is so special about the story line. Except for the alien can imitate human's cell, thus bleh menyamar sebagai manusia. The twist is, dia just bleh imitate the organic material, kalo foreign material macam besi dalam badan, or earings, yang tu saje dia tak dapat imitate.

Sepanjang cerita, aku ala-ala diselubungi ketakutan gak ar sebab alien dia sangat geli, memang sangat huduh la alien ni. Aku paling tak bleh blah masa climax cerita ni, pembakaran manusia memang giat dilakukan. Semua orang dia nak bakor. Memang style Usop Wilcha sangat tau! Pening kepala aku sebab setiap kali nampak alien, heroin tu memang tak ada keje lain, bakar bakar bakar. Memang ritual habis weh time climax cerita ni!




So, kalo korang nak tengok cerita ni, aku setuju je. Best je cerita ni sebenarnya. Tapi jalan cerita memang expected; last-last mesti tak ramai yang survive. Paling ramai
pun mesti 2 orang jek yang survive. Tau dah! LOL

Pisa

My overwhelming collection of t-shirts.
I love the view of this; after I stacked them together and build a tower out of them.
Period!

Saturday, October 15

Kebosanan memaksa aku untuk berbuat sesuatu *ckp sambil pose2 sasterawan

Awak, tadi kan, kita main masak-masak sebab bosan duduk kat umah tak de benda nak buat. Pastu kita pun Google resipi masak lemak cili api. Terus jek beli santan siap perah sebab kita pemalas gila nak perah-perah santan, tak kuasa la kita nak buat keje leceh macam tu. LOL


Ok, aku nak muntah plak sambil taip-taip ayat geli macam perenggan kat atas ni. Mengulas tentang tajuk kisah aku harini, ha tu lah jadiknya. Aku main masak-masak. Reason? 1- sebab aku lapar dan malas gilaaaaaaaaaa nak pergi beli makanan kat kedai bawah. 2- sebab aku langsung dah tak tau nak buat apa duduk kat umah. Hahahahaha




Before ni semua berlaku, aku baru aje menangis tak ingat dunia pepagi tadi sebab aku tengok episod akhir My Girlfriend is a Gumiho *baru terpikir nk sambung tgk siri ni. Setan punya cerita, aku memang tak bleh tahan weh. Sedih gila nak mampos, sial punya pengarah cerita ni, kalau aku jumpa dia aku rasa nak tikam dia guna pisau Cikgu Park Dong Ju. Senang-senang kau je buat babak sedih-sedih macam ni kan? amboi amboi amboi!!! Part Mi Ho hilang masa dia tengah tunggu masa dissapearance dia dari dunia tu memang menyayat hati. Kesian gila kat Dae Woong mengangis-nangis sebab sedih Mi ho bakal hilang dari dunia. Wuuuu sedih gila weh, menitik-nitik air mata aku tengok episode ni.

Let's stay like this! Woong... *Mi Ho cakap sambil tutup mata Dae Woong
Think of this as a dream;
From the moment i first appeared in front of you, until this moment, when I disappear.
Think of it all as a dream.
....
If you think of it as a dream, when you open your eyes, it won't hurt at all.



Mi Ho... don't go~

Forget all the scary parts and, remember me as a really really really good dream.


*Mi Ho slowly kiss Dae Woong



...
Mi Ho disappears slowly

Dae Woong open his eyes and see Mi Ho's gone.
All the memories since they first met until the recent days rapidly flashing in his mind.


...
When I open my eyes, it won't hurt?
*crying


It hurts so much!!!




Ok, sudah lah kot dengan babak tragis itu. Kahkahkah.
Untuk sesi main masak-masak, di bawah adalah apa yang terjadik semasa kejadian dan hasil akhir. Saksikan bersama!!! *pitam

Ni masa tengah buat api sederhana, baru lepas masukkan santan-isme

Hasil akhirnya inilah. Berketul-ketul ngalahkan kuah rendang.

Sebab aku terbiar dia reneh lama sampai air sudah hilang, pastu santan dia start mengetul2 plak, hahaha. Tak pe ar, 1st try kot. Yang penting gua lapar. Gua bedal jek.
Kalo korang rasa berminat, nak try masak sendirik kat umah, aku bleh jek kasik resipi nya.
Caranya mudah aje, untuk dapatkan resipi ini, silalah Google sendirik.
Aku malas nak copy paste masuk kat dalam ni. Hahahahaha

Sunday, October 9

Bersuka-ria di Sunway Lagoon

Semalam lepas amek jubah grad kitorang reramai gi Sunway Lagoon. Plan asal nak gerak dari UPM kul 9am latest, tapi last2 gerak kul 11am lebih atas sebab-sebab yang sukar sangat nak di describe kan. LOL

Before gerak ke Sunway, kitorang singgah kat Maulana untuk lepaskan rindu *pfffttt
Cantik dah Maulana sekarang! 2 tingkat, pastu ada chandelier besar nak mampus kat tingkat atas, memalam kalau lalu kat situ mesti dapat rasa vibe kemewahan! Kalau korang budak jati Serdang, mesti kenal Maulana. Bwahahaha
(read: Maulana is a type of mamak stall)



Lepas makan sikit sebanyak kat Maulana, kitorang gerak terus ke Sunway, tapi sampai kat sana ujan lebat gila! Lepas tu kitorang mcm sedih sebab takley masuk, tapi kul 2pm camtu sinar mentari menjelma lepas tu baru bleh masuk. Heppy weh main air kat Sunway (first timer katakan), pastu suka berenang2 dekat tempat yang orang surfing tu, best!

Lepas tu balik makan steamboat kat Flaming. Terbaekkk!!!!






Tuesday, October 4

EL = ET

EL = emergency leave
ET = extraterrestrial

Tema hari ini adalah emergency leave equals to extraterrestrial event, meaning to say aku amek EL semata-mata untuk acara yang alien. Ok, aku dah merepek sebab tadi nyanyi lagu E.T Katy Perry.





Karoke dekat Neway Fahrenheit 88 memang best sebab tempat dia sangat exclusive, dan sound system dia terbaik! The food is great, and I don't have anything to go against the fact that this would be our next favorite place to sing and have fun.

Sebab dah terlalu suka dengan tempat ni, aku siap buat member's card dekat sini sebab nak buat member's card just RM10 seumur hidup. Plus, kad dia pun agak cantik. Hahaha



Lepas tu aku dengan Eqal pergi jumpa Hamal dengan kawan dia Khai pastu kitorang tengok cerita Dream House. Best cerita dia sebab dia berjaya buat aku pening-pening lalat, cerita dia macam agak twisted, pastu ending dia best. Must watch sebab ada Daniel Craig berlakon weh!

Screen shot from Dream House (image taken from Google Images)

Sunday, October 2

Lawatan sambil belajar ke Alamanda

Aku pergi Alamanda itu hari *padahal semalam yakni Sabtu sebab dah lama gila aku tak pergi sana tengok Parkson, tempat kerja lama aku dulu. Keadaan banyak dah berubah la sebab bos lama aku memang dah pindah tempat lain, kawan-kawan cashier yang dulunya jadik cashier biasa macam aku sekarang da naik pangkat jadik assistant chief cashier, cashier makin sikit sebab ramai dah berenti so diorang pun macam makin sedih sekarang, lepas tu ajak aku kerja situ balik. Buat taik kentut apa aku nak kerja situ balik dah lah jauh sangat sangat Putrajaya tu dari rumah aku. Hahahaha.

Sebenarnya aku pergi Alamanda tu sebab nak jumpa Kak Liza sebab dia nak kasik aku beg free sebab dia memang dah tau aku ni gila sakan terhadap beg lepas tu dia pun reserve satu beg ni untuk aku. Aku pun happy la sebab kat bilik aku ni dah ada dekat 8 beg bersepah-sepah kat dalam ni, aku rasa mungkin satu hari nanti aku nak berjalan-jalan sambil gantung kat leher aku kesemua 8 beg-beg itu, lepas tu berjalan-jalan pergi balik ke Bukit Bintang. For sure aku kena cerca, tak pun paling binatang pun mesti ada orang bisik-bisik kat belakang aku kata aku dah hilang akal alias terencat.

Polo

Cukup mereng tak kalo aku kuar camni?



Lepas bosan borak-borak dengan member Parkson, aku pun pergi UKM jumpa Azpa sebab dah dekat 23 tahun tak jumpa budak sorang ni (hyperbola). Lepas dah bergosip sakan kat sana aku pun ajak Azpa jumpa Alan sebab Alan kata dia free after 4pm. So, dengan gigihnya kitorang pergi ke Bukit Jalil, angkut Alan pastu kitorang ronda-ronda The Mines. Dekat Mines, aku belikan diri aku sendiri sekeping jam sebagai hadiah belated birthday untuk diri aku sendiri since aku punya jam yang aritu aku beli skrin dia da tercabut, kalau aku pakai jam skrin tercabut tu mesti la aku punya confidence level jatuh merudum kan? So, aku pun belilah jam baru. Jenama biasa jek pun, I tak mampu beli Tag Heuer yang mahal ya ampun tu ya, I'm Sorry Goodbye!

Hopefully yang ni tahan sampai setahun la, sampai abes warranty and hopefully last longer lol

Kolam Ikan Encik Eipul