My Tomey-Lotey Followers

Tuesday, November 8

My Jobless Trip on November

Memandangkan ramai kawan-kawan yang free time raya haji, aku pun kuar jalan-jalan dengan besties yang dah lama tak nampak muka, especially Emy yang dekat seabad tak jumpa. Nak kata dia duduk Antartik tak jugak, tapi memang dah lama gila tak jumpa dia sebab alasan asyik sibuk. So, lepas overnite semalaman dengan Nene Jumaat tu, dan lepas done with our karaoke session pagi tu, kitorang pun dapat jumpa Emy pukul 2pm and jalan-jalan dekat sekitar KL, primarily dekat Pavilion. Here's some photos taken before.

 This is when we had our lunch at Pizza Hut.

Tempat favorite amek gambar: depan Pavilion, walaupun dah beribu kali pose tempat sama.


Lepas habis berjalan-jalan di kawasan sekitar, because of us not having too much time left since Nene kena balik rumah before pukul 7pm, itu sajalah masa yang ada, Nene balik Johor, aku plak ikut Emy balik UIA since dia cuti sampai Isnin (7th Nov).
Dekat UIA, tak ada apa-apa sangat yang kitorang buat kecuali tengok movie sampai mata lebam. Esok harinya (Ahad Eidul Adha) kitorang (masa ni Alan join sekali) pegi open house kawan Emy makan-makan, and then later petang tu pegi jalan-jalan dekat IKEA; again!





 




Ok. Lepas tu, Isnin aku dengan Emy pegi rumah Alan sebab akak dia ajak makan-makan sekali. Lepas kenyang, kitorang kuar jalan-jalan, kali ni lebih adventurous sebab kitorang pegi kat Taman Layang-layang Kepong (lalu saja), diikuti dengan lawatan sambil belajar masuk dalam FRIM Kepong.
Tiket masuk RM7 tak menahan mahal nak mampos, kitorang masuk ambik gambar pastu chalo, macam tu aje abes rugi RM7 entrance fee. If we had known dalam tu ada air terjun, mesti dah siap-siap bawak spender lebih nak mandi-manda. Ni yang tak best kalau plan ad-hoc. LOL

 One of the traditional house kat dalam area FRIM tu.


 Ok. Tu tempat senaman dah jadik tempat bertenggek pulak T___T

Sekian itu sahaja laporan berunsur bosan dari aku. Bye.







Nagging

Ehheihei aku da lama tak membebel dekat sini, so aku nak bagitau dekat kau orang yang aku dah duduk dekat rumah mengangkang tido makan tido makan mengangkang online sampai internet kena suspend sebab bil tak bayar for almost 1 month. It has been a disaster!



Cadangan aku untuk diri aku sendiri adalah untuk berehat sekejap sebab dah penat bekerja selama 5 bulan tanpa henti berakhir dengan tragedi disebabkan kegagalan aku untuk mendapat sumber kewangan yang mencukupi untuk bersuka ria tanpa bekerja. Oleh itu, aku menyeru sekeras-kerasnya untuk semua korang yang ada cadangan nak berenti bekerja sebelum sambung kerja baru supaya:
Jangan jadi BODOH.

... unless korang betul-betul dah simpan duit yang cukup untuk enjoy for the next month onwards.


Ok, so, fyi, aku akan sambung kerja kat tempat baru bermula minggu depan, approx 14th November 2011. Buat masa sekarang, aku masih lagi berstatus penganggur tanpa duit. Seksanya sangat tak dapat nak dikhabarkan dalam bentuk kata-kata. Tengok sale sana-sini tapi terpaksa kena monolog dengan diri sendiri "Awak dah miskin bebenor dah ni, so tak usah nak berangan nak beli benda". Pffffftttttt






Sekarang, aku stay dekat UIA sebab bosan sangat duduk rumah sorang-sorang, so I'll be staying here for the next I don't know how many days, until maybe, Friday?
Aku dah canang sini sana yang aku akan stay dekat Jalan Tun Razak starting next month tapi rumah nya masih tak nampak lagi. Tuan rumah asyik sibuk tak tau ke mana, kunci pun tak dapat lagi, dengan nak kemas rumah lagi nanti, so aku pun terpaksa la stay dulu dengan abang aku dekat Sg. Besi. This is all shitty. All shitty I tell u the truth.

I miss my mom and dad because they went for Haji and will only be back home on the 13th of November. Seminggu lagi and hopefully I can pow them some money for me to survive over the month. LOL



And sejak Jumaat lepas aku asyik ke hulu ke hilir jalan-jalan sini sana bagaikan banyak duit padahal duit dah berkurang macam air peluh menitik lepas habis jogging. How?


Ok, cukup for all this nag. On the next part, I will put some of the pictures of our hang out starting last Saturday.

Tuesday, November 1

Historical Visit


 Alan ajak aku pegi Muzium Negara hari ni out of blue. So aku ikut aje sebab aku pun tak pernah pergi Muzium Negara before, so why not?


Kebetulan Muzium Negara sekarang tengah showcase Khazanah Kapal Karam. Entrance fee RM3 untuk warganegara adult. Tapi yang bestnya, kitorang masuk 3 minit, dah habis round. So apa cher?
Bosan kot. Dalam tu penuh dengan artifak piring mangkuk tempayan lama yang dah berkulat dan ada cengkerang kerang dan siput di atasnya. Kalau aku tau RM3 untuk piece of junk macamni, baik aku laburkan RM3 untuk seteguk kopi panas. At least ada jugak faedahnya.





 These are the ship wreck. Things inside cannot be photographed. So, yang ada pun gambar benda-benda kat luar ni saje la. Huhuhu.


 Moving on, kitorang pun masuk Muzium Negara: Main Building. Dia ada 4 segments. Start dari zaman Paleolitik sehinggalah part Malaysia kini. Boring! Teringat masa belajar Sejarah masa sekolah dulu. Worst subject ever! LOL

 Gua tak ketinggalan amek gambar dengan Hang Tuah der!


 Khusyuk aku tengok diorang semua meeting untuk sebarkan dakwah Islam ke Tanah Melayu.



Pelamin angan diorang yang colourful tak hengat! Pelamin paling 'cantik' so far yang pernah aku tengok sepanjang aku idup.

 Comel kan barang-barang antik? Alolololo


Habis semua segment dah kitorang masuk, next stop: Orang asli punya muzium pulak!

 Entrance dia je dah nampak keASLIan fullstop

 Patung-patung nenek moyang diorang yang keseraman

 Comel tak umah ni? LOL

 Pak cik ni kerja dia ukir berhala patung moyang-moyang diorang


Most of patung-patung kat sini sangat eye-catching dan tidak kurang 18sx nya. Lebih-lebih lagi patung yang gambar bawah paling kiri tu. Isk isk isk



Kitorang habis tengok benda-benda ni semua dalam pukul 5pm. Terus ke Midvalley sebab dah bosan sangat dan berdinner di Popeye. Sedap + murah. Ada Super Value meal RM4.50 sahaja, boleh dapat 2 scoop nasik sedap [siriyesli sedap] + seketul ayam + fries sedap. Ok la~ kenyang la jugak. LOL

Ber-Bukit Tinggi




Hari tu kitorang pegi Bukit Tinggi, Bentong. Best tempat ni. Rumors had it that this place is kinda cool and windy tapi masalahnye time kitorang pegi tu, panas terik yang amat, bepeluh sakan ada. Camane tu? Siapa mandai set in rumors tempat ni sejuk dan menyegarkan?



Sampai jek kat tempat ni kitorang been mesmerized by the beauty of the carpark. Carpark dia sangat cantik sebab nampak macam istana. Dari jauh lagi best, nampak macam Disneyland castle weh bangunan ni. Gempak abes. Tapi kitorang tak dapat park dekat tempat cozy tu sebab pak guard gese kitorang park dekat tempat muddy before sampai kat carpark cantik tu. So, quite disappointing la kat situ.

mampu bangunan Carpark cantik camni? Haha

Masuk kat Colmar Square, tempat ni sangat cantik ala-ala France. Tapi semasuknya kami kat situ, hujan start turun. Sentap. Tadi panas berpeluh, 10 minit lepas tu terus ujan menitik. Agak sedih sikit la sebab gambar tak cantik sangat dah masa masuk kat Colmar Square. Hahahaha.
Dalam ni tak ada apa-apa sangat untuk kami yang berbudget limited. Kalo kitorang kaya sedikit lebih, mungkin boleh minum kopi sambil, sebab dalam tu macam-macam amenities ada. Cafe dia bagaikan di France, so kalo dapat minum-minum kopi o kat situ alangkah bertuahnya tapi apakan daya. Jadi, kesimpulannya Colmar Square tempat amek gambar saje fullstop







Lepas tu, dan sebelum lepas tu, aku lupa bagitau yang tiket masuk tempat ni RM12 sahaja untuk seorang adult. So, lepas Colmar Square, kitorang pegi kat Japanese Village yang tak berapa Japanese tu. Boleh aje nak sewa kimono dan join upacara minum teh diorang tapi semua tu berbayar dan again, we can't afford the bill, so, tengok dari jauh sudah! Hahaha




Ok. So itulah dia sedikit sebanyak pasal Japanese Village. Lepas kitorang da tawaf abes tempat tu, kitorang pun decide nak pegi ke Rabbit Park. On the way nak ke pit stop tempat tunggu caravan, ujan menitik-nitik lebat. So, kitorang berteduh sekejap dekat bawah pohon bamboo. Awal-awal memang tak basah langsung. Lama-lama hujan makin lebat, lepas tu air terus penetrate masuk dan kitorang pun basah menggigil-gigil kat bawah tu sambil makan kacang. *nasib baik Usop bawak kacang, so dapat ar kitorang menggigit daripada terus basah dan bosan tak buat apa untuk tunggu ujan berenti. Btw aku kena gigit pacat lepas kitorang blah dari kawasan bamboo ni. Gelabah kot nak cabut pacat tu sebab geli geleman. LOL




So, Rabbit Park pun dapat kitorang pegi lepas berhempas pulas berlari turun untuk dapat seat dalam caravan sempit tu. Puas hati sebab dapat peluk arnab-arnab gemok. Tiket masuk ke Animal World ni adalah RM3. Worth-ed! =D



 Besides arnab, donkey pun ada. Donkey belah kanan ni nampak macam putih bercahaya. Kalau tambah tanduk mesti nampak macam unicorn kan? Hihi







Itu sahajalah kisah lawatan ke Bukit Tinggi. Best jugak melancong dalam Malaysia. Rupa-rupanya banyak jugak tempat menarik kat Malaysia ni sedar tak sedar ye tak?



Balik tu kitorang singgah Kampung Baru makan dekat kedai nama aku tak berapa ingat. Aku makan besar dekat sini since tak sempat lunch dekat atas sana. Kuey teow goreng + kerang bakar [Hamal belanja] + mangga pulut + oblong.


p/s: overall verdict- percutian yang budget tetapi penuh pengisian. Mampu?


Kolam Ikan Encik Eipul