My Tomey-Lotey Followers

Saturday, December 31

bai bai dua ribu sebelas

Aku nak recap things yang aku dah achieve dalam tahun 2011 ni. Suka, duka bersilih ganti, hari raya menjelang lagi. Ha, mampu? LOL

1) January 2011, aku ngan kekawan pi panjat Broga. Breath taking sebenarnya tempat ni. Sangat hijau, sangat tenang, dan sangat penat.
2) February 2011, aku dapat tengok premiere cerita Burlesque dekat wayang, thanx to Eqal for his free ticket. LOL
3) March 2011 pulak diisi dengan kegiatan hey-aku-dah-nak-abes-belajar contohnya seperti Dinner Kolej, dan jugak aktiviti Finishing school, Seff take note ya kalau ko baca blog aku, di mana aku terpaksa berlakon jadik Juliet, kau jadik Romeo, dan aku jadik Juliet berwatak Usop Wilcha. Ko mampu? Hahaha. Kenangan siot!
And ada kejadian peristiwa belon panas, di mana aku pegi sama ngan Nene sebelum dia keje kat Abu Dhabi. LOL
4) April 2011 menyaksikan peristiwa tumpahnya airmata *tak pun sebenarnya, saja hiperbola* di mana kita dapat saksikan last lecture for our degree. Huhuhuhu sedih sedih *padahal happy tak terkata*
5) May 2011, berhempas pulas menyiapkan thesis, sambil-sambil tu aku masih mampu untuk berjimba jalan sana sini dengan Nene lepas dia dah balik Malaysia sekejap. Masa ni aku baru start kerja kat Astro.
6) June 2011 menyaksikan kegiatan friendly-bersama-rakan-sekerja di mana aku main boling dengan rakan sekerja sampai 3 game. Keras bicep sekejap. LOL
7) July 2011 tak ada apa untuk dibanggakan sangat tapi aku dapat pergi Genting dengan Haris, Nitas ngan Eqal. 
8) August 2011 pulak tak ada apa-apa untuk diceritakan.
9) September 2011 menandakan titik permulaan untuk kegiatan pelancongan aku. First time aku pergi negara orang dan negara itu adalah Indonesia (Bandung). Best la jugak kat sini sebab barang murah dan aku bershopping sakan jugak la kat situ. Kekeke. Plus, this is my birthday month, and thanx Nene for the gift. ^o^
10) October 2011 - Hari convocation aku dan kawan-kawan. Berjaya jugak kitorang convo. LOL Dan jugak bulan ni kitorang pergi Bukit Tinggi untuk berjimba. Sangat best dekat Bukit Tinggi.
11) November 2011 - Aku start kerja dekat tempat baru, RHB Bank.
12) December 2011 adalah bulan melawat Singapura bagi aku di mana aku terpaksa ke sana untuk retail therapy. Cerita akan menyusul pada tahun depan ya.

My last retail therapy for 2011. Bye bye young money


Ok. Setakat itu sajalah repekan aku buat kau semua. Chalo chalo sebab mak ayah aku dah bising suruh balik kampung. So, aku tak dapat nak sambut New Year dekat KL tahun ni macam remaja-remaja cool lain. Sob sob

Monday, December 26

Singapore Getaway Pt 1

Benda-benda yang aku mampu untuk beli dekat Singapore. LOL

 Aku tak paham kenapa orang sangat suka vacation and melancong ke oversea. Penat gila tau tak!  Aku ni baru je sampai rumah lepas berlelah naik tren sejak malam Jumaat lepas (literally). Betul, penat gila ni. Jumaat naik KTM pegi Singapore, dekat Singapore naik MRT 2 hari berturut-turut turun sini sana. Tadi pagi naik KTM plak sampai lah pukul 3.45pm tadi baru sampai KL Sentral.


Banyak benda aku nak cerita (ayat typical), tapi lagi syok nak cerita bila ada gambar. So, esok lusa aku da upload gambar baru bleh cite. K, bye bye good night! =D


Wednesday, December 21

Gummy Bear


 Tadi aku gi karoke ngan Sharel dekat Fahrenheit 88, semalam karoke dengan Eqal dekat Times Square. Annual leave aku memang terisi dengan aktiviti-aktiviti yang sangat berfaedah. LOL Lepas karoke tadi aku pegi tengok wayang cite Arthur Christmas, semalam aku tengok cite Songlap. Perbandingan ketara bagi aku, Songlap < best daripada Arthur Christmas. Malas nak cakap banyak.




Sangat tak sabar untuk Singapore Getaway ujung minggu ni! Till then, chalo chalo

Sunday, December 11

Bab 1

Ok. Rasa kekok nak merepek kat dalam ni sebab it's been a while. Tapi aku gagahi jugak sebab bila bukak blog-blog favorite aku, rasa macam nak menyumpah diorang sebab pemalas nak mampos mereka-mereka itu untuk update. So, untuk tak nak jadik paku dulang paku serpih, aku pun nak start story lah even tough tak de siapa pun yang baca. Hahaha

Firstly, aku da start keje kat tempat baru. Pengalaman? Best sebab masa training relax nak mampos sebab training dekat sebulan, seminggu buddy dengan senior tengok macam mana nak buat keje, pastu rehat kadang-kadang keluar dekat 2 jam lebih, oh rindu nak training lagi, sebab Jumaat lepas dah keje betul-betul. Dem!


Nak cerita masa first angkat call, aku punya lah neves sampai greeting fail nak mampos. Boleh tak: "Good morning, RHB bink, Saiful speeking, how may I help u?" Nampak tak epic fail kat situ? RHB bink instead of RHB bank. O  My   God!!!


And the reason why aku tak update sangat blog ni adalah disebabkan aku tak bayar bil P1. Sedih!!!
Lepas aku dapat mesej cinta dari P1 suruh bayar bil sebab bil still jalan even though aku tak guna, aku pun mengamuklah sakan. Bodoh apa nak bayar bil kalau aku tak guna. Aku call P1 buat amukan puaka, diorang terus luluskan waiver sebab cuak. Mampu?
Tadi baru call P1 lagi sebab line asek tersangkut-sangkut. Masalah betul P1 ni. Baru aku bayar bil sampai RM200 dah jadik benda shitty macam ni. Siriyesli aku kena consider syarikat pembekal tenet lain sebab P1 is not consistent and sangat mahal and sangat tak berbaloi dengan kemahalan dia. Aku amek yang paling high spec ni pun connection macam chibs, siapa yang harus dipersalahkan? Harusla P1! Sedih!!!


Pastu kalau nak cerita pasal movie plak, aritu aku baru tgk cite Ombak Rindu dengan New Year's Eve. Ombak Rindu macam so so, suam-suam kuku je, New Year's Eve best gila lawak nak mampos. Tak caye korang bleh tengok sendiri. Mesti korang adore gila ngan watak nenek tua yang tutup pintu lift lembab nak mampos. Siyes lawak gila nak mampos.





Oh, lepas tu nak cerita pasal makan-makan plak. Aku baru noticed yang Domino's Pizza memang terbaik. Aku kalau nak makan pizza lepas ni memang akan carik Domino's. Aku sangat fancy akan Cinnastix, sedap gila nak mampos. And kalau crust kena amek cheese burst double decker sebab sedap gila nak mampos.


Ok lah. Dah siap download Ellen, nak tengok sat. K bye

Kolam Ikan Encik Eipul