My Tomey-Lotey Followers

Thursday, August 23

Randomness #2 August

Hari raya aku kena keje. So kitorang beraya kat office jek. Sedih. Paling sedih aku dapat shift malam masa malam raya. Fucked up gila hidup aku tahun ni. Hahahaha. Pastu pagi raya lepas beraya kat office, aku ikut member aku gi beraya kat rumah kawan dia. There u go, cerita raya bosan dari aku istimewa untuk tahun ni.






Randomness #1 August

Aku da lama tak update blog ni sebab aku busy sangat keje. Alasan x? Kawan aku sampai panggil aku 1001 malam sbb aku selalu provide 1001 alasan.

Anyhow, aku just nak hapdate pasal kepenatan aku kemas rumah sesorang sebelum balik beraya. Aku sakit kepala weh tengok dapur ada sisa lauk 5 hari tak kemas. Baik punya cendawan terternak kat dalam bekas tu. Boleh la kalau nak jual cendawan tu untuk dapat side income. Kedai jual sup cendawan mungkin nak.


Pastu ruang tamu tak boleh nak cerita la. Dah macam rumah kena rompak. So guys, this is how it look after sesi berkemas.


Wednesday, June 6

Big scale

Ni la hasilnye kalau nak buat lukisan besar-besar. Penat oh nak warnakan benda ni. Hasilnya: teknik warnaan yang comot. Btw, i am like so bored right now.



Tuesday, April 17

Azmarie


aku bosan, so aku lukis ini.
Aku suka Azmarie, namun dia tersingkir minggu ni.
So sad.
btw, aku refer pada ANTM British Invasion.


Huhu

Wednesday, April 4

Kuantum perplex

Cinta boleh jadi suatu yang kompleks. Seperti kuantum mekanik yang menggabungkan zarah-zarah berbilang adjektif, takkan dapat dirungkai walaupun dengan kuasa solar ataupun letusan supernova. Kompleks, seperti pucuk-pucuk bawang yang ditabur dalam ladang lalang, boleh disibak namun takkan kau dapat sibak satu bidang tanah untuk kau susun atur mana satu pucuk-pucuk bawang, mana satu lalang. Boleh, tapi kau takkan tak ada kerja lain? Macam aku, bagi aku cinta ni penuh bullshit. Aku suka orang sudut situ, orang ceruk sana pulak yang suka kat aku. Bukan brag, tapi realiti aku nak kongsi. Benda dah jadik dekat diri sendiri. Kau nak cakap apa? Bukti yang so called cinta adalah suatu penuh misteri, sekali lagi aku isytiharkan sebagai kompleks dan berseni. Cinta jugak macam donut Krispy Kreme! Sedap, manis, lagi-lagi kalau kau beli kombo. Dapat kopi sebagai penyeri rasa, pahit ada, manis pun ada. Kalau kau bertuah, donut kau pilih ada rasa masam-masam lemon. Lengkap. Kalau nak lagi lengkap, kau carik ikan masin masak sambal. Semua rasa ko bakal selam. Ok, merepek. Cinta pun boleh dapat jadik bagai dahan pokok masa kau susah senang. Masa basah kau rempuh matrix hujan, dapat berlindung bawah ketiak pokok memang melegakan. Masa tengah panas berjalan, redup pokok boleh bikin syahdu nye pun adoi. Sudah, aku memang kuat merepek. This is me, thinking about my future ahead. Gloomy, but for the time being, it is Colourland. Thank u, for captivating my amature heart. Xoxo

Tuesday, March 27

Enjoy much

Semalam lepas balik visit my sister baru lepas bersalin baby boy, aku terus dikejarkan ke KL untuk jumpa dengan retis yang dah lama tak balik KL. Lepas karoke, teman diorg (nene & anas) shopping sakan. Dinner kat TGIF. Lepas tu tgk The Hunger Games *again for me. Lepas tu balik. LOL


dekat Pavi ni, ada exhibition heels pelik apa tah, haha
my first macaroon LOL
yeay! tambah lagi satu baju Mickey! tenx dude!

 









osso bucco nyum nyum!

That's the end of enjoyment for this week. Ari ni sudah kena kerje lor. Huahua



Saturday, March 17

Galeri Seni in the making *pffttt

Hey hey

Korang semua sihat kew? huhu. Aku arini tak keje so aku pun tak tau nak buat apa. So, aku pun buat lukisan baru - baju haute couture dengan detail ala-ala feather. LOL

nah, lambakan hasil seni aku!!! bwahahaha



menangis!

 
 ni pun aku baru sketch aritu.

 ni painting aku buat bulan lepas



dan ni muse terbaru aku: Sean Leon Virginia

 
 comel tak dia? Haha

Friday, March 2

Bit by bit, pixel by pixel

Jangan marah dengan tajuk merepek aku ok sebab aku dah lama tak mengarang panjang, so title as usual memang agak lost macam budak baru belajar buat karangan UPSR.


Aku nak bagitau korang aku dah menetap kat rumah sewa. Wehoo!!! Lama dah, sebenarnya. So, aktiviti menghias rumah dilakukan sedikit demi sedikit. Latest, aku buat sketch muka aku and housemates and aku terus letak dekat dinding meja makan. Biar berselera sikit nak makan nanti (or sebaliknya?).



Tantek tak? *Bwekkk


Pastu bilik aku baru in progress untuk jadik studio room. Bwahahahaha berangan. Deswai aku beli meja sebab senang aku nak melukis and buat aktiviti-aktiviti masa lapang aku. LOL

 Ni la bilik aku, malas nak install katil, tilam jek sudah cukup betui tak? nguehehe



Cabinet RM10 kat Tesco, savvy gila kan???



Ok. Pasni aku nak buat art untuk ruang tamu plak. Sebab kitorang nye ruang tamu kosong gila. Nak beli sofa, masing-masing belum ada duit lebih, so tepaksa la duduk atas kapet jek buat masa skang. Sakit pinggang nak buat macam mana kan? Lain la aku lahir-lahir jek terus kaya. Boleh la aku beli sofa Italy, takkan sakit pinggang kunun kunun nye.



K chow

Friday, February 17

The Mask-er

 

Rutin malam Khamis: pakai face pack sampai muka macam The Mask. Ko ada? Hahahaha


Ok. Aku tak tau nak bebel apa sekarang ni sebab da tadek cerita best nak kongsi, plus sekarang dah pukul 2am. Aku saje2 takmo tido lagi walaupun esok keje. Rasa macam nak vacation tapi duit plak terlampau banyak tak terkira. Seriously aku macam taktau bila lagi nak dapat melancong. Aritu I'm so excited nak pegi Korea sbb Air Asia buat sale murah gila ticket pegi balik lebih kurang dalam RM500 saje malangnye cepat gila abes tak sempat nak beli. Sentap!


Aritu aku pegi Sunway Lagoon. Best! Semalam aku tengok wayang. Cite Safe House. Wuiyo, gempak gile cite ni weh! Saspen dia macam tak tekata dibuatnyew. Lol


Minggu depan kena tgk cite Ghost Rider plak sebab trailer dia macam best. Hoho


Ok. Bosan betul cerita aku kali ni. Okla, nak tido skang

Wednesday, February 15

Parfumerie


My wishlist for this year would be Radiance.



Go Britney!

Thursday, February 9

The only girl in her world

I sketched this with Rihanna and Project Runway All Stars in my mind. What do u say, Nene? Tak berniat nak tiru konsep ko (lukis pokok). Sorry~~~ Hahaha

Wednesday, February 8

Emotions

"It's just emotions, taking me over
Caught up in sorrow, lost in the song"
- Destiny's Child


Nak mesin jahit boleh tak please please

Hurmmm

Thursday, January 26

Wayang Lagi: Journey 2 The Mysterious Island

Semalam aku tgk cite ni in 3D and yesterday sangat best sebab I've got myself an item that I've been longing to have. Wehoo!!!! Ok bye, tu je nak cite, lol

Sunday, January 15

My Beyonce





At last. Terpaksa beli dekat Kinokuniya sebab Borders choy takdek buku ni. Lepas tu si Breakfast at Darcy's tu aku amek sebab dia ada 20%. Ok bye nak tido

Saturday, January 14

Penat

Semalam kitorang kemas rumah penat gila weh. Satu umah tu kitorang mop bagai nak rak. Lepas tu dua-dua toilet aku kerjakan sampai berkilat. Tak mention lagi dapur yang penuh dengan kabinet tu Eqal sental sampai putih berseri. Apa-apa pun, a job well done I would say to three of us.

Mungkin, aku rasa mungkin la, lepas dapat keizinan dari my parents, aku mungkin akan duduk sama-sama diorang dekat umah sewa. Dan, aku sedang mencari anak-anak kucing yang comel untuk aku jadikkan anak kucing angkat. Siapa-siapa ada anak kucing terlebih, kasik la kat kitorang. Aku sangat-sangat teringin nak ada kucing sendiri. Best woh, boleh buat peluk. LOL


Esok plak aku kena kerja. Adoi, minggu ni memang sangat suwey. Lepas tu, doakan gaji kitorang keluar awal ye. Sangat-sangat hoping yang gaji akan dapat on the 19th. I really really need retail therapy. Hahahaha. Malam semalam aku keluar jalan-jalan dengan Alan. Walaupun kekurangan uwang, aku beli gak kemeja kerja sebab kemeja sikit sangat sudah. Asek rotate jek, aku pun naik segan. Plus, kalau dapat gaji awal, ujung minggu depan nak pegi Ikea usha furniture sambil gi makan meatball. Can't wait!!!

Sunday, January 8

Portrait me


i terpaksa menghabiskan petang Ahad i dengan perkara-perkara seni-ish macamni supaya i takkan dilihat sebagai seorang yang petty asyik bukak facebook 24hrs lepastu refresh page untuk baca news feed yang latest.


Besides, aku memang beli sketch book ni aritu just to fulfill my desire for drawing. Dah lama gila rasanya aku tak pegang pensel dan melukis. Hopefully lepas ni aku still ada masa untuk buat things yang aku suka semenjak kecik. Dulu teringat masa sekolah kitorang siap buat komik sendiri guna buku lab yang panjang tu. Sangat lawak ok.



Btw, ni gambar original dari sketch aku ni. Sangat lain kan? Hahaha, totally an epic fail



Monday, January 2

Wayang Lagi: The Darkest Hour (3D)



Tadi aku tengok cerita ni 3D. Ok la, best la jugak. Lepas tu kitorang pegi makan. Sekian.

Sunday, January 1

Singapore Getaway Pt 2

Trip pergi Singapore ni memang dari dulu lagi dah jadik satu impian bagi aku sebab most people yang dah pernah pergi sana cakap barang kat sana sangat murah compared to dekat Malaysia eventhough diorang punya currency lagi besar compared to RM. Yang ni bagi aku valid untuk barang-barang kosmetik saje. Kalau diorang cakap baju-bajan pun sama murah, maybe diorang pergi sana time tengah sale besar-besaran sebab masa aku pergi harga baju-baju lebih kurang sama jek dengan kat Malaysia.


Well, Mustafa Centre memang a place must go sebab barang kat sini memang sangat-sangat-sangat murah especially perfume, plus tempat ni bukak 24hrs, macam 7 Eleven. Mostly, pak-pak arab yang masuk sini memang keluar dengan troli penuh dengan perfume. Kalau ko tengok diorang amek perfume, macam beli barang dapur siot. Tak nak tengok harga beb. Main amek jek, pastu terus masuk troli. Murah tak murah? Tapi aku tak beli apa-apa kat sini, amazingly, sebab budget untuk perfume dah lari. And I totally regret it for not buying sebab lepas dah beli-beli barang lain turns out aku still ada $50, lepas tu terpaksa habiskan duit dekat Changi Airport beli body mist $40, not perfume tau, tapi body mist. Rugi gila, sebab kalau tambah lagi $10 dah boleh dapat dah perfume kegemaran kat Mustafa Centre. Takde rezeki nak buat macam mana kan?

Lepas tu, kalau nak cerita pasal tempat-tempat persinggahan kitorang memang banyak tak terkira. Hari first dekat sana kitorang terus head to Changi Airport untuk simpan beg. Lepas tu terus jek pergi naik MRT, pergi semua Mall yang termampu. Hahaha

Tentatif program hari Sabtu:
1) Observe tempat lunch paling murah dekat Geylang (turun kat Stesen Paya Lebar) *tak murah sangat pun sebab kalau convert ringgit memang kau bakal menangisinya (bayangkan nasik lemak standard kat Malaysia harga RM4 misalnya, dekat sana $4. Cuba kau convert berapa nasik lemak diorang dalam RM, be it conversion rate x2.5)

2) Lepas dah berjaya makan, kitorang head ke random station yang famous along the MRT line.
(Tips savvy travel: pergi naik MRT turun stesen Ang Mo Kio atau City Hall untuk beli Tourist Pass. Tourist Pass macam kad Touch n Go tapi unlimited pass, tak kesah kau turun naik putar sana sini pegi banyak mana stesen pun, sehari cuma $8, equivalent RM20 *huhui, mahal nak mampos* Tapi ni lagi bagus kalau kau seorang yang semangat waja suka jalan-jalan sebab kalau kau beli tiket sehala setiap kali turun mana-mana stesen, harga paling sikit pun $2 macam tu, mahal kot untuk pergi spesifik location, betul tak?
**aku tak berapa ingat sangat nama-nama Mall yang kitorang pergi masa first day, sorry

Kalau pulangkan kad ni dia kasik balik $10 deposit
 
3) Petang tu kitorang pergi dekat Harbour Point kalau tak silap aku nama stesen tu untuk pegi Vivo (Mall terbesar dekat Singapore katanya), kat sini aku beli wallet baru (Pull & Bear) sebab wallet lama dah koyak *alasan padahal koyak sikit je*

4) Lepas tu, kitorang take a peak for Universal Studios, which is 500m++ walking distance saja dari Vivo. Sebelah dia Resort World ngan Sentosa Island, tiket masuk adalah $1 ye, beli siap-siap dekat kaunter tu kalau korang nak masuk, nanti buat malu je dekat penjaga tiket yang comel tu sebab nampak sangat kau first timer sebab ingatkan boleh masuk free. Lesson learned. Take note ok. LOL and oh, kitorang tak masuk Universal Studios sebab duit tak cukup y'all, kalau masuk situ sah-sah I tak dapat shopping. Hahaha

Amek gambo jek, masuknya tak








5) Lepas dah dinner dekat Vivo, kitorang balik ke Changi Airport. Ok, dekat Changi Airport ni sebenarnya kitorang ingat nak jimat tak payah tidur hotel sebab katanya dekat Changi ni, boleh tido free, tak payah bayar sebab dia sediakan katil kecik, plus banyak tempat-tempat hiburan macam arked game dengan wayang free disediakan, katanya. So, dengan keyakinan memuncak, kitorang pun pergi Changi Airport untuk carik a place to sleep. Rupa-rupanya, yang ada boarding pass aje yang have privilege to stay there. Sadly, kitorang end up tidur di kaki lima for the 2 days of staying. Mampu? Tak mampu kan? Mampukan sajork.


Tentatif program hari Ahad:
1) Bangun pagi gosok gigi, berangan dan terberak-berak.

2) Sarapan dekat McD. Melayang $7.90 for Big breakfast. OMG OMG RM20 just for sarapan. Kau mampu tak? Huhu

3) A place yang wajib untuk dikunjungi = Expo & Changi City Point. Semua tempat ni sangat accessible, turun jek stesen Expo. Dah boleh reach both places. *Changi City Point aku cite kejap lagi sebab nak ikut sequence* Expo: tempat untuk tengok segala jenis expo (ala-ala Jom Heboh tapi bukan berasaskan khemah tapi macam convention centre). Time kitorang pergi ni, ada expo Perkahwinan Melayu, Jualan hebat one of their grocery line, Megatex = ala-ala PC Fair, dan banyak lagi tapi kitorang tak pegi semua sebab one of them ada kena bayar untuk masuk. Kitorang masuk benda-benda free aje. LOL

 
4) Tempat seterusnya, kitorang singgah dekat stesen Bugis, ada mall Bugis Junction. Tempat ni ala-ala mall Sungai Wang, cuma minus the crowded moment dengan minus kedai-kedai geli yang ada dekat situ sebab Bugis Junction ni lagi kemas dan teratur, cuma  kesempitan dia ala-ala Sungai Wang dalam 50% persamaan kesempitan. Ok? Dekat side luar dia ada booth-booth macam dekat Masjid Jamek, tapi sangat teratur, dan dia ada bumbung lutsinar, so kalau hujan, takdelah peniaga-peniaga lari masuk bangunan sorong booth masing-masing untuk dapat perlindungan. Mampu? LOL


 


5) Marina Bay pun cantik jugak. Tempat untuk ambek angin boleh lah, sebab angin kuat gila nak mampus dekat area ni. Ada satu bangunan ni cantik sebab atas dia ada kapal cruise. Ko mampu ada kapal atas bangunan? LOL
 




6) Lepas tu, kitorang pergi macam-macam stesen lagi contohnya Chinatown (end up being hampa sebab mall dia closed for renovation, tak dapat nak tengok barang-barang murah dekat situ), lepas tu kitorang pergi Mustafa Centre (aku dah cerita dekat 2nd paragraph tadi), lepas tu pergi Orchard Road (must go).
 

7) Orchard Road ni memang best sebab dia macam kawasan Pavilion kat KL, banyak mall cantik-cantik and mewah-mewah. Tapi kitorang jalan-jalan je la dekat sini sebab nak beli tak mampu. Ada tu, siap borong barang dekat Swarovski. Ko mampu borong barang kat Swarovski? Mampu? Haha
 





8) Changi City Point adalah mall terakhir for the day sebab aku dah jelik dan muak masuk mall dari pagi tu sampai malam. Dekat sini memang kitorang shopping berabis sebab banyak barang murah if compared to the rest of the places yang pernah kitorang pergi sebelum ni. So, aku end up borong (saje je guna borong, konon-konon beli banyak padahal 2 pasang kasut sajork) dekat kedai nama Payless, lepas tu masuk Cotton On, lepas tu masuk kedai nama Save$, sebab dekat situ jual coklat macam-macam jenis, harga sangat murah, again, murah lah kalau kau penduduk Singapore, tapi considered murah jugak sebab lepas convert to RM pun masih kira kita untung dalam RM2-RM3 macam tu.


9) Lepas abes sesi retail therapy, kitorang pun balik ke Changi Airport jadik orang gelandangan *again* , buat kaki lima tu macam bilik hotel kitorang sendiri, amazingly, tak ada sesiapa pun yang noticed kitorang tido situ except for the cleaner yang asyik tengok-tengok kitorang dengan pandangan geli. Hey! Congkil mata kau, baru tau!!! LOL

Tibalah masa untuk sang gelandangan pulang ke hometown glory


Itu saja tentatif program perjalanan kitorang ke Singapore. Isnin kitorang balik naik 2nd train, jam 8.45am dan sampai KL dalam pukul 3.45pm. Phew, what a day! For those yang berangan nak pegi Singapore tu, kalau boleh bawak la dalam $400 paling minimum pun sebab kalau kau setakat nak observe negara orang, ha yang tu boleh lah kalau kau nak super berjimat bawak dalam $100 ke, cukup la untuk makan and hotel jika ada duit lebih sebab setahu aku hotel paling murah kat sana dalam $50 camtu. Dan lagi satu, aku nak nasihatkan korang kalau nak pi sana better naik transport lain selain tren KTM sebab sangat-sangat penat kalau naik tren sebab perjalanan sangat-sangat-sangat panjang, plus tak berapa selesa sebab kitorang tak sempat beli seat yang katil tu sebab seat katil tu laku sangat, dah sold out. Kitorang dapat seat biasa aje, seat yang tak selesa langsung tu, yang macam naik bas tu. Sakit badan ok kalau tido kat seat camtu for 8 hrs. Ok, itu saja lah laporan aku yang pernah bertandang ke one of negara jiran paling dekat di semenanjung. Dalam 3 minit macam tu dah sampai sana dah. Amazing tak amazing? Hihi. K chalo chalo

Kolam Ikan Encik Eipul