My Tomey-Lotey Followers

Saturday, January 14

Penat

Semalam kitorang kemas rumah penat gila weh. Satu umah tu kitorang mop bagai nak rak. Lepas tu dua-dua toilet aku kerjakan sampai berkilat. Tak mention lagi dapur yang penuh dengan kabinet tu Eqal sental sampai putih berseri. Apa-apa pun, a job well done I would say to three of us.

Mungkin, aku rasa mungkin la, lepas dapat keizinan dari my parents, aku mungkin akan duduk sama-sama diorang dekat umah sewa. Dan, aku sedang mencari anak-anak kucing yang comel untuk aku jadikkan anak kucing angkat. Siapa-siapa ada anak kucing terlebih, kasik la kat kitorang. Aku sangat-sangat teringin nak ada kucing sendiri. Best woh, boleh buat peluk. LOL


Esok plak aku kena kerja. Adoi, minggu ni memang sangat suwey. Lepas tu, doakan gaji kitorang keluar awal ye. Sangat-sangat hoping yang gaji akan dapat on the 19th. I really really need retail therapy. Hahahaha. Malam semalam aku keluar jalan-jalan dengan Alan. Walaupun kekurangan uwang, aku beli gak kemeja kerja sebab kemeja sikit sangat sudah. Asek rotate jek, aku pun naik segan. Plus, kalau dapat gaji awal, ujung minggu depan nak pegi Ikea usha furniture sambil gi makan meatball. Can't wait!!!

1 comment:

aleen aiden said...

yeah,pesen aku jugak aku rasa.kalau dah terdetik kerajinan tu,memang aku kerjakan rumah sampai terbaring keletihan.hu3

Kolam Ikan Encik Eipul