My Tomey-Lotey Followers

Sunday, January 1

Singapore Getaway Pt 2

Trip pergi Singapore ni memang dari dulu lagi dah jadik satu impian bagi aku sebab most people yang dah pernah pergi sana cakap barang kat sana sangat murah compared to dekat Malaysia eventhough diorang punya currency lagi besar compared to RM. Yang ni bagi aku valid untuk barang-barang kosmetik saje. Kalau diorang cakap baju-bajan pun sama murah, maybe diorang pergi sana time tengah sale besar-besaran sebab masa aku pergi harga baju-baju lebih kurang sama jek dengan kat Malaysia.


Well, Mustafa Centre memang a place must go sebab barang kat sini memang sangat-sangat-sangat murah especially perfume, plus tempat ni bukak 24hrs, macam 7 Eleven. Mostly, pak-pak arab yang masuk sini memang keluar dengan troli penuh dengan perfume. Kalau ko tengok diorang amek perfume, macam beli barang dapur siot. Tak nak tengok harga beb. Main amek jek, pastu terus masuk troli. Murah tak murah? Tapi aku tak beli apa-apa kat sini, amazingly, sebab budget untuk perfume dah lari. And I totally regret it for not buying sebab lepas dah beli-beli barang lain turns out aku still ada $50, lepas tu terpaksa habiskan duit dekat Changi Airport beli body mist $40, not perfume tau, tapi body mist. Rugi gila, sebab kalau tambah lagi $10 dah boleh dapat dah perfume kegemaran kat Mustafa Centre. Takde rezeki nak buat macam mana kan?

Lepas tu, kalau nak cerita pasal tempat-tempat persinggahan kitorang memang banyak tak terkira. Hari first dekat sana kitorang terus head to Changi Airport untuk simpan beg. Lepas tu terus jek pergi naik MRT, pergi semua Mall yang termampu. Hahaha

Tentatif program hari Sabtu:
1) Observe tempat lunch paling murah dekat Geylang (turun kat Stesen Paya Lebar) *tak murah sangat pun sebab kalau convert ringgit memang kau bakal menangisinya (bayangkan nasik lemak standard kat Malaysia harga RM4 misalnya, dekat sana $4. Cuba kau convert berapa nasik lemak diorang dalam RM, be it conversion rate x2.5)

2) Lepas dah berjaya makan, kitorang head ke random station yang famous along the MRT line.
(Tips savvy travel: pergi naik MRT turun stesen Ang Mo Kio atau City Hall untuk beli Tourist Pass. Tourist Pass macam kad Touch n Go tapi unlimited pass, tak kesah kau turun naik putar sana sini pegi banyak mana stesen pun, sehari cuma $8, equivalent RM20 *huhui, mahal nak mampos* Tapi ni lagi bagus kalau kau seorang yang semangat waja suka jalan-jalan sebab kalau kau beli tiket sehala setiap kali turun mana-mana stesen, harga paling sikit pun $2 macam tu, mahal kot untuk pergi spesifik location, betul tak?
**aku tak berapa ingat sangat nama-nama Mall yang kitorang pergi masa first day, sorry

Kalau pulangkan kad ni dia kasik balik $10 deposit
 
3) Petang tu kitorang pergi dekat Harbour Point kalau tak silap aku nama stesen tu untuk pegi Vivo (Mall terbesar dekat Singapore katanya), kat sini aku beli wallet baru (Pull & Bear) sebab wallet lama dah koyak *alasan padahal koyak sikit je*

4) Lepas tu, kitorang take a peak for Universal Studios, which is 500m++ walking distance saja dari Vivo. Sebelah dia Resort World ngan Sentosa Island, tiket masuk adalah $1 ye, beli siap-siap dekat kaunter tu kalau korang nak masuk, nanti buat malu je dekat penjaga tiket yang comel tu sebab nampak sangat kau first timer sebab ingatkan boleh masuk free. Lesson learned. Take note ok. LOL and oh, kitorang tak masuk Universal Studios sebab duit tak cukup y'all, kalau masuk situ sah-sah I tak dapat shopping. Hahaha

Amek gambo jek, masuknya tak








5) Lepas dah dinner dekat Vivo, kitorang balik ke Changi Airport. Ok, dekat Changi Airport ni sebenarnya kitorang ingat nak jimat tak payah tidur hotel sebab katanya dekat Changi ni, boleh tido free, tak payah bayar sebab dia sediakan katil kecik, plus banyak tempat-tempat hiburan macam arked game dengan wayang free disediakan, katanya. So, dengan keyakinan memuncak, kitorang pun pergi Changi Airport untuk carik a place to sleep. Rupa-rupanya, yang ada boarding pass aje yang have privilege to stay there. Sadly, kitorang end up tidur di kaki lima for the 2 days of staying. Mampu? Tak mampu kan? Mampukan sajork.


Tentatif program hari Ahad:
1) Bangun pagi gosok gigi, berangan dan terberak-berak.

2) Sarapan dekat McD. Melayang $7.90 for Big breakfast. OMG OMG RM20 just for sarapan. Kau mampu tak? Huhu

3) A place yang wajib untuk dikunjungi = Expo & Changi City Point. Semua tempat ni sangat accessible, turun jek stesen Expo. Dah boleh reach both places. *Changi City Point aku cite kejap lagi sebab nak ikut sequence* Expo: tempat untuk tengok segala jenis expo (ala-ala Jom Heboh tapi bukan berasaskan khemah tapi macam convention centre). Time kitorang pergi ni, ada expo Perkahwinan Melayu, Jualan hebat one of their grocery line, Megatex = ala-ala PC Fair, dan banyak lagi tapi kitorang tak pegi semua sebab one of them ada kena bayar untuk masuk. Kitorang masuk benda-benda free aje. LOL

 
4) Tempat seterusnya, kitorang singgah dekat stesen Bugis, ada mall Bugis Junction. Tempat ni ala-ala mall Sungai Wang, cuma minus the crowded moment dengan minus kedai-kedai geli yang ada dekat situ sebab Bugis Junction ni lagi kemas dan teratur, cuma  kesempitan dia ala-ala Sungai Wang dalam 50% persamaan kesempitan. Ok? Dekat side luar dia ada booth-booth macam dekat Masjid Jamek, tapi sangat teratur, dan dia ada bumbung lutsinar, so kalau hujan, takdelah peniaga-peniaga lari masuk bangunan sorong booth masing-masing untuk dapat perlindungan. Mampu? LOL


 


5) Marina Bay pun cantik jugak. Tempat untuk ambek angin boleh lah, sebab angin kuat gila nak mampus dekat area ni. Ada satu bangunan ni cantik sebab atas dia ada kapal cruise. Ko mampu ada kapal atas bangunan? LOL
 




6) Lepas tu, kitorang pergi macam-macam stesen lagi contohnya Chinatown (end up being hampa sebab mall dia closed for renovation, tak dapat nak tengok barang-barang murah dekat situ), lepas tu kitorang pergi Mustafa Centre (aku dah cerita dekat 2nd paragraph tadi), lepas tu pergi Orchard Road (must go).
 

7) Orchard Road ni memang best sebab dia macam kawasan Pavilion kat KL, banyak mall cantik-cantik and mewah-mewah. Tapi kitorang jalan-jalan je la dekat sini sebab nak beli tak mampu. Ada tu, siap borong barang dekat Swarovski. Ko mampu borong barang kat Swarovski? Mampu? Haha
 





8) Changi City Point adalah mall terakhir for the day sebab aku dah jelik dan muak masuk mall dari pagi tu sampai malam. Dekat sini memang kitorang shopping berabis sebab banyak barang murah if compared to the rest of the places yang pernah kitorang pergi sebelum ni. So, aku end up borong (saje je guna borong, konon-konon beli banyak padahal 2 pasang kasut sajork) dekat kedai nama Payless, lepas tu masuk Cotton On, lepas tu masuk kedai nama Save$, sebab dekat situ jual coklat macam-macam jenis, harga sangat murah, again, murah lah kalau kau penduduk Singapore, tapi considered murah jugak sebab lepas convert to RM pun masih kira kita untung dalam RM2-RM3 macam tu.


9) Lepas abes sesi retail therapy, kitorang pun balik ke Changi Airport jadik orang gelandangan *again* , buat kaki lima tu macam bilik hotel kitorang sendiri, amazingly, tak ada sesiapa pun yang noticed kitorang tido situ except for the cleaner yang asyik tengok-tengok kitorang dengan pandangan geli. Hey! Congkil mata kau, baru tau!!! LOL

Tibalah masa untuk sang gelandangan pulang ke hometown glory


Itu saja tentatif program perjalanan kitorang ke Singapore. Isnin kitorang balik naik 2nd train, jam 8.45am dan sampai KL dalam pukul 3.45pm. Phew, what a day! For those yang berangan nak pegi Singapore tu, kalau boleh bawak la dalam $400 paling minimum pun sebab kalau kau setakat nak observe negara orang, ha yang tu boleh lah kalau kau nak super berjimat bawak dalam $100 ke, cukup la untuk makan and hotel jika ada duit lebih sebab setahu aku hotel paling murah kat sana dalam $50 camtu. Dan lagi satu, aku nak nasihatkan korang kalau nak pi sana better naik transport lain selain tren KTM sebab sangat-sangat penat kalau naik tren sebab perjalanan sangat-sangat-sangat panjang, plus tak berapa selesa sebab kitorang tak sempat beli seat yang katil tu sebab seat katil tu laku sangat, dah sold out. Kitorang dapat seat biasa aje, seat yang tak selesa langsung tu, yang macam naik bas tu. Sakit badan ok kalau tido kat seat camtu for 8 hrs. Ok, itu saja lah laporan aku yang pernah bertandang ke one of negara jiran paling dekat di semenanjung. Dalam 3 minit macam tu dah sampai sana dah. Amazing tak amazing? Hihi. K chalo chalo

No comments:

Kolam Ikan Encik Eipul