My Tomey-Lotey Followers

Tuesday, April 17

Azmarie


aku bosan, so aku lukis ini.
Aku suka Azmarie, namun dia tersingkir minggu ni.
So sad.
btw, aku refer pada ANTM British Invasion.


Huhu

Wednesday, April 4

Kuantum perplex

Cinta boleh jadi suatu yang kompleks. Seperti kuantum mekanik yang menggabungkan zarah-zarah berbilang adjektif, takkan dapat dirungkai walaupun dengan kuasa solar ataupun letusan supernova. Kompleks, seperti pucuk-pucuk bawang yang ditabur dalam ladang lalang, boleh disibak namun takkan kau dapat sibak satu bidang tanah untuk kau susun atur mana satu pucuk-pucuk bawang, mana satu lalang. Boleh, tapi kau takkan tak ada kerja lain? Macam aku, bagi aku cinta ni penuh bullshit. Aku suka orang sudut situ, orang ceruk sana pulak yang suka kat aku. Bukan brag, tapi realiti aku nak kongsi. Benda dah jadik dekat diri sendiri. Kau nak cakap apa? Bukti yang so called cinta adalah suatu penuh misteri, sekali lagi aku isytiharkan sebagai kompleks dan berseni. Cinta jugak macam donut Krispy Kreme! Sedap, manis, lagi-lagi kalau kau beli kombo. Dapat kopi sebagai penyeri rasa, pahit ada, manis pun ada. Kalau kau bertuah, donut kau pilih ada rasa masam-masam lemon. Lengkap. Kalau nak lagi lengkap, kau carik ikan masin masak sambal. Semua rasa ko bakal selam. Ok, merepek. Cinta pun boleh dapat jadik bagai dahan pokok masa kau susah senang. Masa basah kau rempuh matrix hujan, dapat berlindung bawah ketiak pokok memang melegakan. Masa tengah panas berjalan, redup pokok boleh bikin syahdu nye pun adoi. Sudah, aku memang kuat merepek. This is me, thinking about my future ahead. Gloomy, but for the time being, it is Colourland. Thank u, for captivating my amature heart. Xoxo

Kolam Ikan Encik Eipul