My Tomey-Lotey Followers

Monday, December 7

I really missed nagging myself out here. There's too much stuff going on in my life so far. For instance, Manila, South Korea, and soon Tokyo. Aku sangat berharap yang aku dapat ke Tokyo sebab aku minaaaaattt sangat kat Doremon (saja-saja misspell acah-acah). Lagipun, nanti time aku ke Tokyo konon-kononnya musim sejuk tak berapa nak sejuk. Hujung-hujung winter depa bilang.

Firstly nak cite gak walaupun takde siapa yang berminat, haritu aku travel pegi Bangkok (bulan 4), then Jakarta ( tak sampai dua minggu lepas tu), then aku pegi Manila (3 bulan lepas), lastly yang recent adalah pegi Seoul (bulan lepas). Motipnya kat sini aku nak habaq mai yang dalam tahun ni saje, aku dah pergi 4 negara. Who cares? *kata kau dalam hati. Tapi aku nak cerita gak sebab aku rasa sangat best, lagi-lagi masa pegi Seoul. Banyak woi duit aku habis. Aku dah congak, Tokyo bulan depan ni mesti lagi banyak duit aku habis. Aku kena prepare lah kot, bulan ni mungkin kena gain extra income dengan menjual kuih-muih dan berniaga MLM.

Manila sangat meninggalkan moment menarik, since aku macam sudah try semua jenis pengangkutan yang diorang ada; bas, motor ala beca, jeepney, train, teksi, semua lah. Kecuali bot tongkang, dan beca (sebab rasa macam tak patut je kalau nak naik beca since kalau aku jalan kaki dari point A ke point B adalah perhaps lagi laju dari beca tu). Besides the transportation, aku sangat enjoy ke SM Mall dia yang konon-kononnya mall terbesar di Asia (tapi memang besar gila). Kawan aku hilang henpon kat hostel masa first day kitorang kat Manila, so siapa-siapa yang nak duduk kat hostel kat Manila, please la berjaga-jaga. Kalau boleh soroklah barang-barang berharga kau dalam pelipat lemak sendiri untuk elakkan perkara-perkara yang kurang senonoh terjadi. Selain dari benda boring yang aku dah mention ni, kitorang sempat mengunjungi spa diorang yang bagi aku agak relaxing (and they gave us free buffet dinner + massat (massage)) *x free sebenarnya, sebab semua tu ada dalam package yang kitorang amek. Satu lagi aku nak highlight kalau nak shopping, baju-baju diorang agak murah la jugak + brand yang tak pernah aku jumpa kat Mesia such as BENCH and others *sebenarnya aku ingat satu brand ni je. Banyak jugak tempat tipikal yang kitorang pegi such as Rizal Park (ok ni satu je aku ingat).

OK tak sabar nak cerita pasal Seoul. Aku sangat minat benda-benda pasal korea. Haritu aku sanggup belajar baca tulisan diorang through Wikipedia; senang jugak la sebenarnya nak membaca tulisan diorang tapi kalau nak belajar bahasa diorang seakan hazabannar jua. Aku jugak suka sangat dengan lagu-lagu diorang, paling suka BIG BANG, o my God, drama korea lagi lah best; COFFEE PRINCE, MY LOVE FROM THE STAR; pastu tambah pulak bulan lepas masa kitorang pegi sana still autumn in my heart. So fefeeling la kita yang dari desa ni bernafas sambil keluaq-keluaq wap air kat sana *to dia kodiang dah mai. Hoi sungguh seronot fefeeling. Tapi yang tak syok nye it was raining for most of the days kitorang kat sana. And bila hujan, suhu memang menjunam turun, menggigil jugak la ada sehari tu sebab tak prepare layers.

So, kitorang sampai je kat Incheon, kitorang terus gerak ke Itaewon (hostel kat situ). Keadaan hostel adalah sangat kecik, sempit, dan tilam yang tidak selesa. Such a waste of money. Nama hostel tu Kame House. Strictly jangan lah kau book hostel ni. Memang tak berbaloi. Staff dia tak friendly langsung. Yang benda paling aku suka adalah toilet dia; sebab sangat luas and sangat bersih. Tu je. Lain semua aku benci. Oh nak cakap jugak, diorang memang sangat bersih la. Jalan diorang bersih gila, Memang tak pernah aku nampak sampah kecuali daun-daun kuning gugur. Public toilet tak payah bayar. Bersih nak mampus. Kalau Mesia, toilet kena bayar pastu kotor dia tak terungkapkan dan tak terbandingkan *exaggerate much?.

Ok, lain semua biasa je lah, masuk cafe kat Hongdae, lawat Nami Island, masuk istana lama Gyeongbokgung, masuk jjimbilbang, etc. Sebelum balik aku sempat beli fridge magnet dan some KPOP stuff. Hahaha

Ok lah tu je nak cerita. Bye.


Tuesday, March 31

Haroo!

Lama gila aku tak update blog ni. Aku ingat benda ni auto-delete lepas setahun x update; rupanya tidak. Kahkah. Tahun ni dah 2 tahun lebih aku kerja dengan bankbandor. Copy, paste, narrate, gaduh dengan budak team through email, kena sentap balik dengan budak baru; dia kata aku lack communication dengan 'maker'. Fyi, aku 'checker'. Kononnyer. Tetiber. Ok, i refused to elaborate more on my job. Jumaat ni last day aku dengan bankbandor. Banyak knowledge aku gather. Banyak budak comel yang... *eh. I've had enough! Especially with Mak Yong. Mak Yong adalah Team Leader aku yang paling tak senonoh pernah aku kenal. Dia adalah the sole reason aku terpaksa carik opis lain. Why? Let i cecite now ok *hipster much?

Since last year dia melabuhkan punggung besar dia dalam team aku. First day je dia dah bagi -ve vibe. Sumpah! Hantar email, buat huddle, aku time tu naive. I thought the rule is to get the Team Leader to like you. So I did. Buat-buat rajin everyday, dia assign aku additional task, aku terima seadanya. Balik lambat, buat extra, this and that, until the final year assessment. Tiba-tiba aku dapat rating setaraf dengan budak-satu-level-bawah. Apa ni Mak Yong??? Aku ludah muka dia *i wish. Dia kata aku terlalu reserved, tak berusaha untuk tunjuk seniority (kononnya I need to step up my game, tunjuk pandai, ajar bebudak-satu-level-bawah), stayback sampai kul 10pm macam anjing laut dia yang lain, dsb. Kepala bana lu la Mak Yong! No can't do. ThankGod, kawan aku offer kerja baru. Bagaikan menampi padi huma Kak Ani, disorongkan memory pillow, aku pun besar tapak tangan, tong drum aku tadahkan. Syukurlah aku dapat kerja baru. Itu je aku nak cerita. Tapi sebenarnya kesian dengan kawan-kawan lain satu team yang belum dapat kerja baru. Mak Yong makin menjadi-jadi. Marah-marah, oh em ji. Makin teruk dia tu. Ok lah. Malas nak cerita lagi.

Lately ramai kawan-kawan aku dah kawen.

DIY Photobooth. A for effort.
Topek punya perkawenan

Yon kawen.
Best sebab dapat gambar free. Makan free. Nyum nyum


Aku beli motor ada clutch tapi aku tak reti guna; keep on stalling. Luka kat kaki mendapat. Hasil tergahar dekat tempat stand kaki. Mai gad.

Tantek tak dia?
Putus bulu-bulu kaki aku woi



2 minggu lagi aku gi Songkran, mai gad soooooo tak sabar. Doakan selamat pergi, selamat balik.Ujung bulan 4 pergi Jekardah (Jakarta). Again, doakan selamat pergi, selamat balik.


Sekarang ni aku rasa tempat karaoke paling best adalah Diva, kat 1 Shamelin. Best wo! Ada mic stand. Boleh la feeling kau buat konsert, walaupun

Time tgh nyanyi lagu Negaraku.

konon2 efek shadow phuii

Oklah. Time untuk marathon The Good Wife. Currently watching Season 6.



Kolam Ikan Encik Eipul