My Tomey-Lotey Followers

Monday, December 7

I really missed nagging myself out here. There's too much stuff going on in my life so far. For instance, Manila, South Korea, and soon Tokyo. Aku sangat berharap yang aku dapat ke Tokyo sebab aku minaaaaattt sangat kat Doremon (saja-saja misspell acah-acah). Lagipun, nanti time aku ke Tokyo konon-kononnya musim sejuk tak berapa nak sejuk. Hujung-hujung winter depa bilang.

Firstly nak cite gak walaupun takde siapa yang berminat, haritu aku travel pegi Bangkok (bulan 4), then Jakarta ( tak sampai dua minggu lepas tu), then aku pegi Manila (3 bulan lepas), lastly yang recent adalah pegi Seoul (bulan lepas). Motipnya kat sini aku nak habaq mai yang dalam tahun ni saje, aku dah pergi 4 negara. Who cares? *kata kau dalam hati. Tapi aku nak cerita gak sebab aku rasa sangat best, lagi-lagi masa pegi Seoul. Banyak woi duit aku habis. Aku dah congak, Tokyo bulan depan ni mesti lagi banyak duit aku habis. Aku kena prepare lah kot, bulan ni mungkin kena gain extra income dengan menjual kuih-muih dan berniaga MLM.

Manila sangat meninggalkan moment menarik, since aku macam sudah try semua jenis pengangkutan yang diorang ada; bas, motor ala beca, jeepney, train, teksi, semua lah. Kecuali bot tongkang, dan beca (sebab rasa macam tak patut je kalau nak naik beca since kalau aku jalan kaki dari point A ke point B adalah perhaps lagi laju dari beca tu). Besides the transportation, aku sangat enjoy ke SM Mall dia yang konon-kononnya mall terbesar di Asia (tapi memang besar gila). Kawan aku hilang henpon kat hostel masa first day kitorang kat Manila, so siapa-siapa yang nak duduk kat hostel kat Manila, please la berjaga-jaga. Kalau boleh soroklah barang-barang berharga kau dalam pelipat lemak sendiri untuk elakkan perkara-perkara yang kurang senonoh terjadi. Selain dari benda boring yang aku dah mention ni, kitorang sempat mengunjungi spa diorang yang bagi aku agak relaxing (and they gave us free buffet dinner + massat (massage)) *x free sebenarnya, sebab semua tu ada dalam package yang kitorang amek. Satu lagi aku nak highlight kalau nak shopping, baju-baju diorang agak murah la jugak + brand yang tak pernah aku jumpa kat Mesia such as BENCH and others *sebenarnya aku ingat satu brand ni je. Banyak jugak tempat tipikal yang kitorang pegi such as Rizal Park (ok ni satu je aku ingat).

OK tak sabar nak cerita pasal Seoul. Aku sangat minat benda-benda pasal korea. Haritu aku sanggup belajar baca tulisan diorang through Wikipedia; senang jugak la sebenarnya nak membaca tulisan diorang tapi kalau nak belajar bahasa diorang seakan hazabannar jua. Aku jugak suka sangat dengan lagu-lagu diorang, paling suka BIG BANG, o my God, drama korea lagi lah best; COFFEE PRINCE, MY LOVE FROM THE STAR; pastu tambah pulak bulan lepas masa kitorang pegi sana still autumn in my heart. So fefeeling la kita yang dari desa ni bernafas sambil keluaq-keluaq wap air kat sana *to dia kodiang dah mai. Hoi sungguh seronot fefeeling. Tapi yang tak syok nye it was raining for most of the days kitorang kat sana. And bila hujan, suhu memang menjunam turun, menggigil jugak la ada sehari tu sebab tak prepare layers.

So, kitorang sampai je kat Incheon, kitorang terus gerak ke Itaewon (hostel kat situ). Keadaan hostel adalah sangat kecik, sempit, dan tilam yang tidak selesa. Such a waste of money. Nama hostel tu Kame House. Strictly jangan lah kau book hostel ni. Memang tak berbaloi. Staff dia tak friendly langsung. Yang benda paling aku suka adalah toilet dia; sebab sangat luas and sangat bersih. Tu je. Lain semua aku benci. Oh nak cakap jugak, diorang memang sangat bersih la. Jalan diorang bersih gila, Memang tak pernah aku nampak sampah kecuali daun-daun kuning gugur. Public toilet tak payah bayar. Bersih nak mampus. Kalau Mesia, toilet kena bayar pastu kotor dia tak terungkapkan dan tak terbandingkan *exaggerate much?.

Ok, lain semua biasa je lah, masuk cafe kat Hongdae, lawat Nami Island, masuk istana lama Gyeongbokgung, masuk jjimbilbang, etc. Sebelum balik aku sempat beli fridge magnet dan some KPOP stuff. Hahaha

Ok lah tu je nak cerita. Bye.


1 comment:

Dewi Aja said...

Hello!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Kolam Ikan Encik Eipul